Sempurna..Kesempurnaan...Perfect...
Tiada kesempurnaan dalam hidup ini. Mana ada orang yang sempurna. Nobody perfect. Ayat biasa la kalau bercakap dengan orang kan. (ayat pujuk la kata kan..hahha). Bila perkataan macam ni akan dikatakan. Dimanakah? Bagaimanakah? Mengapakah? Perlukah? Alaa, kalau nak kata baik pun, orang takkan kata kau sempurna. Paling baik pun "Kau ni best la", " Kau ni bagus la". Macam tu je kan. Takda la apa sangat. Meh nak jelaskan, sejelas, jelasnya.
Bila berkawan.
Wahh, kau lah kawan aku yang paling baik dalam dunia ni. Mana ada kawan yang baik sekarang ni. Nak jumpa yang jujur pun susah. "Weh, ada taik mata kat mata kau". "Eyeliner kau comot la". Takda nya sekarang ni yang sanggup tegur kau depan-depan macam tu. Buat tak tau je. Asal kan dia cantik sorang sudah la. Lagi la kalau baju senget ke, warna tak match ke, rambut kau serabut cam Hantu Kak Limah ke, ade dia heran. Memang tak la.
Sekarang ni kawan dah tak boleh percaya lagi dah. Semua orang tak boleh percaya. Main tikam belakang je diorang ni.
A dan B berkawan baik. Diorang ni selalu la tukar-tukar cerita. Gosip sana la. Gosip sini la. Habis segala bagai cerita diorang share. Nak dijadikan cerita, si A ni bercerita la pada C apa saja cerita yang B cerita kat A. Luar dan dalam la. Padahal A tau ada cerita pasal C yang B suruh A jangan cerita kat sesiapa pun even C sendiri. Now, A dah cerita kat C. Hambik la kau. C pun tak tau la nak kata apa. Memang banyak jugak la A cerita kat C. Dan C yang berperangai sama macam A pun cerita kat orang yang rapat dengan B iaitu D. Kira kes nak mengadu la ni. Konon mintak simpati. Pasai paa. B pun memang tak suka kat hang, nak wat lagu mana. hahahaha. Kesian. D yang amat kesian dan bersimpati dengan nasib B pun bercerita lah D kepada B semua aduan dan konon nya simpati yang diharapkan apabila mendengar cerita ni.(kononyaaaa laa). Menyirap la darah B apabila tau apa yang dikhabarkan oleh D kepada nya. Habis semua cerita D tau. Darimana D tahu? Dari C. Darimana C tahu? Katanya dari A. Sudahhhh!!!!! Orang yang dipercayai dan dikatakan kawan baik tu la yang tikam kita. Mati2 dan hidup2 B percayakan A, tapi apa dah A buat kat B. Nampak tak permainan nya di sini. A berjaya tikam semua kawan-kawan nya. Macam ni ke dikatakan kawan??.. TIDAKKK!!!!
So, untuk tidak terasa hati+sakit hati+sakit jiwa dengan orang yang macam ni. Jangan terlalu percayakan kawan dan tak payah la baik sangat nak bagitau semua cerita kau dalam dunia ni kan. Sikit-sikit sudah. Kalau dah semua nak cerita, apa yang kita ada. Rahsia sendiri pun tak ada kan.
Bila bercinta
Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
Kau membuat diriku
Akan selalu memuja mu
Macam-macam lagu la kalau nak cerita. Time ni la semua lagu yang boifren kau bagi boleh bagi kau tangakap leleh+leleh+cintan la (kononnya). Ni la kalau dah ikut sangat dengan lagu macam ni. Kau begitu sempurna. Mana ada orang sempurna dalam dunia ni. Setiap orang ada kekurangan dia sendiri. Wah kau, kalau sempurna sangat, perfect la kau. =D
Dimataku kau begitu indah. Kau pakai make up cap apa? MAC, Revlon, cap Ayam. ^^ Tipu je tu. Indah la sangat. Indah Water tu lagi indah tau. Bagi bersih rumah orang. Kau bagi bersih apa? Mata orang pun serabut la tengok kau.
Kau membuat diriku akan selalu memuja mu. Kau gila!! Buat apa aku nak puja kau? Kau siapa? Main puja-puja bagai. Nak sama taraf dengan ayah pin ke? Duduk gua la kalau nak sama.
Tu je la yer...nanti kita share lagi benda-benda yang kita nampak biasa tapi sebenarnya pelik...
tata ^^
2 comments:
wah..bestla citer ni...tp aku x brape phm ckit la pd citer tu..hehe..tp bab2 kwn ni kn..kite pon pnah jd cmtu gak..so snang je skang ni nk elakkn dr kwn mkn kwn ni..kite kwn dgn org tu iclas krn Allah n bkn krna kpntingan semate2 ye..Ni pringatan utk kite b'same..:-)
cerita ni adalah rekaan semata-mata..xde kena-mengena dengan yg hidup atau pun yang mati...
aku kan suke buat cerita...huhu
mmg seharusnya kte kena ikhlas nak berkawan ni, dengan sape2 je la...tp jika ia berlaku secara terang-terangan aktiviti KAWAN MKN KAWAN ni. digalakkan utk kita duk jauh dr org2 cmni..takut berjangkit pulak.. ^^
Post a Comment